Kesedaran Tentang Keberkesanan Penggunaan Tong
Sampah Kitar Semula Di Kawasan Politeknik Kota Bharu
Pengenalan
Alam wujud dalam
keadaan seimbang, tetapi keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan
pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 95%
dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah
satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seterusnya mengurangkan
penggunaan ruang untuk menempatkan sampah sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan
untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula
harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Menjadikan alam tempat yang selesa dan
bersih adalah tanggungjawab kita terhadap generasi yang akan datang.
Kitar semula dapat
diterangkan melalui konsep 3R iaitu Reduce (Kurang), Reuse (Guna semula), dan
Recycle (Kitar semula) yang merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak
sedekad yang lalu. Ia terhasil kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari
sampah- sarap yang merata-rata akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa
had. Reduce (kurangkan) bermaksud mengurangkan penggunaan sesuatu jenis
barangan. Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti elektrik, air ,
kertas dan sebagainya. Jika kita tidak mengamalkan konsep ini, sudah tentu
barang ini akan memenuhi bumi ini jika tiada tindakan untuk mengatasi masalah
ini. Reuse (guna semula) diamalkan apabila sesuatu barang itu tidak boleh
dihapuskan ataupun masih baik keadaannya.
Antaranya kita boleh
mengguna semula botol plastik, kotak, tayar lama, kain buruk dan sebagainya.
Jika kita mengamalkan konsep Reuse dalam kehidupan seharian, kos untuk
perbelanjaan harian kita berkurang dan kita dapat menikmati hasilnya. Kitar
semula ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. Pelbagai pihak
menggalakkan masyarakat supaya mengitar semula barangan yang boleh dikitar
semula. Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar sesuatu
jenis barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya
menyakitkan mata kita.
Penyataan
Masalah
Setelah
membuat pemerhatian terhadap persekitaran PKB, terdapat beberapa masalah yang
berlaku di kawasan kajian. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini dapat
menyokong perlaksanaan tajuk projek yang telah dikemukan.
Antara masalah
yang timbul di kawasan kajian adalah :
i.
Penggunaan tong sampah kitar semula kurang
dipraktikkan oleh warga PKB.
ii.
Ketidaksesuaian lokasi tong sampah kitar semula di
sekitar PKB.
iii.
Kebanyakan warga PKB kurang diberi pendedahan
terhadap cara penggunaan tong sampah kitar semula dengan betul.
Objektif
Kajian
i.
Memupuk kesedaran dan kepentingan serta kebaikan
tentang tong sampah kitar semula di kalangan warga PKB.
ii.
Mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi menempatkan
tong sampah kitar semula di sekitar PKB.
iii.
Memberi pendedahan
tentang cara-cara penggunaan tong sampah kitar semula dengan betul.
Skop
Kajian
i.
Kajian ini dijalankan di kawasan Politeknik Kota
Bharu (PKB).
ii.
Kajian yang dijalankan adalah Kajian Kesedaran
Keberkesanan Penggunaan Tong Sampah di PKB, Kota Bharu, Kelantan.
iii.
Segala maklumat dan data diperolehi melalui kaedah
pemerhatian dan soal selidik.
iv.
Pihak yang terlibat adalah warga PKB.
v.
Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang
diperolehi.
HASIL KAJIAN
Latar belakang responden yang ditemuduga mengenai program kitar semula
1.
Jumlah responden yang terlibat dalam latar belakang
ini adalah seramai 30 orang,29 responden terdiri daripada pelajar lelaki iaitu
63 peratus dan 11 responden terdiri daripada pelajar perempuan iaitu 37
peratus.Responden kesemuanya terdiri daripada pelajar semester akhir.
2.
Responden yang terlibat dalam kajian soal selidik
ini terdiri daripada pelajar mengikut 4 jabatan utama iaitu Jabatan
Kejuruteraan Awam (JKA) sebanyak 60 peratus,Jabatan Kejuruteraan Elektrik
(JKE)sebanyak 10 peratus,Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) sebanyak 3
peratus,Jabatan Perdagangan (JP) sebanyak 27 peratus. \
Jadual 1 : Perkara-perkara berkaitan dengan soal selidik mengenai program
kitar semula
Bil
|
SOALAN / PERKARA
|
YA
|
TIDAK
|
TIDAK PASTI
|
1
|
Adakah anda tahu apa itu 3R?
|
30
|
-
|
-
|
2
|
Adakah
anda tahu tentang kepentingan 3R?
|
28
|
2
|
-
|
3
|
Adakah
anda tahu tentang jenis sampah yang boleh di kitar semula?
|
27
|
1
|
2
|
4
|
Adakah anda
mengenali tong sampah 3R?
|
27
|
-
|
3
|
5
|
Adakah
anda tahu menggunakan tong sampah 3R?
|
12
|
7
|
11
|
6
|
Adakah pihak PKB menyediakan tong
sampah 3R?
|
19
|
4
|
7
|
7
|
Adakah
lokasi penyediaan tong sampah 3R ini bersesuaian?
|
10
|
10
|
10
|
8
|
Adakah
penyediaan tong sampah yang ada di sekitar PKB mencukupi ?
|
5
|
17
|
18
|
9
|
Wajarkah tong
sampah 3R ditempatkan dikawasan PKB?
|
22
|
4
|
4
|
10
|
Perlukah
penyediaan satu lokasi yang khas untuk menempatkan tong sampah?
|
20
|
6
|
4
|
11
|
Adakah
lokasi tong sampah 3R tersebut perlu ditukar?
|
20
|
5
|
5
|
12
|
Adakah
perlunya penambahan bilangan tong sampah 3R dikawasan PKB?
|
19
|
5
|
6
|
13
|
Adakah pihak PKB menjalankan banyak aktiviti program kitar semula?
|
12
|
12
|
6
|
14
|
Pada
pendapat anda, wajarkah program
kesedaran kitar semula di jalankan di PKB?
|
20
|
5
|
5
|
15
|
Perlukah
program kesedaran kitar semula ini dijalankan secara berterusan di PKB?
|
23
|
2
|
5
|
16
|
Pada pendapat anda,adakah
program kitar semula ini akan dapat memberi
kesedaran tentang kepentingan dan cara penggunaan tong sampah 3R
dikalangan warga PKB?
|
25
|
1
|
4
|
Hasil daripada kajian kami dapatlah disimpulkan bahawa rata-rata pelajar
Politeknik Kota Bharu mengetahui tentang program kitar semula yang dilaksanakan.
Politeknik Kota Bharu juga banyak mengadakan program dan seminar yang berkaitan
dengan kitar semula yang banyak untuk memberi pengetahuan kepada pelajar. Hasil
kajian juga mendapati semua responden bersetuju agar pihak Politeknik Kota
Bharu menjalankan program kitar semula dengan lebih meluas. Apabila ditanyakan
tentang lokasi tong sampah, ramai pelajar menyatakan perlu menyediakan satu
lokasi yang khas untuk menempatkan tong sampah agar penggunaannya lebih
berkesan.
Faktor
kitar semula
Kitar semula dapat mengurangkan masalah tapak pembuangan dan
melindungi alam sekitar. Kertas yang dikitar semula hanya memerlukan 50% kurang
tenaga dan 75% kurang air berbanding jika kita menghasilkan kertas dari pokok
dara. Ia juga mengurangkan kira – kira 91% pencemaran air. Mengitar semula juga
membawa keuntungan. Agensi kerajaan akan membayar NGO dan sekolah kerajaan
dengan kertas yang mereka kitar semula. Keuntungan yang didapati akan
dibelanjakan untuk kempen – kempen untuk kitar semula kertas dan sebagainya. Dengan
mengitar semula kita dapat mengurangkan kos pelupusan sampah dan mengurangkan
jumlah isipadu sampah di tapak pelupusan sampah.
Kenapa pelajar perlu
menggunakan tong kitar semula?
1. Barangan berikut
harus dibuang ke dalam tong kitar semula
- Kertas fotokopi, kertas pejabat, kertas fotokopi berwarna, kertas
nota, kertas lejar, shredded paper, kad manila, sampul surat, kadbod dan buku
telefon. Kertas kadbod yang besar harus dilipat dan diletak di sebelah tong
kitar semula. Buku telefon yang besar hendaklah dikumpul dalam jumlah yang
besar. Apabila para pelajar mengitar semula kesemua barang buangan, kita akan
mendapati betapa sedikitnya sampah yang akan dibuang ke tapak pembuangan
sampah. Apakah yang tidak patut dibuang ke dalam tong. kitar semula? Jangan
buang apa-apa selain kertas buangan ke dalam tong kitar semula. Antara barangan
yang tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula ialah pembalut makanan,
kertas karbon, kertas pembalut fotokopi dan kertas lilin.
Langkah yang boleh diambil untuk kitar semula di Politeknik Kota
Bharu
Langkah yang paling mudah ialah pembuangan sampah ke dalam tong
sampah yang telah disediakan. Terdapat tiga jenis tong yang berlainan warna
disediakan untuk kitar semula iaitu tong warna biru untuk kertas, tong warna
kuning untuk aluminium dan plastik dan tong warna hijau untuk kaca. Apa yang
perlu pelajar lakukan hanyalah memastikan jenis sampah yang hendak dibuang
serta mengasingkan sampah – sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak
boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan
seterusnya.
Kaedah kitar semula mengikut jenis sampah
KACA

Bagaimana kaca di kitar semula?
• Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih.
• Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.
• Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.
Kelebihan gelas
Boleh dikitar semula 100% - boleh dikitar semula misalnya. Botol jem boleh dikitar semula hari ini menjadi botol jus pada bulan hadapan, kemudian menjadi botol susu hingga seterusnya.
ALUMINIUM
• Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih.
• Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.
• Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.
Kelebihan gelas
Boleh dikitar semula 100% - boleh dikitar semula misalnya. Botol jem boleh dikitar semula hari ini menjadi botol jus pada bulan hadapan, kemudian menjadi botol susu hingga seterusnya.
ALUMINIUM
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
• Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk
diangkut ke pusat kitar semula.
• Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
• Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
KERTAS
• Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
• Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
• Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.
• Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.
• Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.
• Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan
PLASTIK

Bagaimana plastik di kitar semula?
• Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori.
• Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
• Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.
Pelbagai bentuk Plastik
Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik yang berbeza. Antara jenis-jenis plastik ialah:
• Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.
• Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik
• Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula
• Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan
• Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.
• Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
• Type 7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh:
• Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
• Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.
• Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidajk boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda.
APA YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
Kertas
• Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan
• Pinggan kertas
• Tisu muka
• Kertas carbon
• Lampin
• Buku berkulit tebal
• Kotak susu
• Kertas disaluti lilin/plastik
• Bekas makanan beku
• Tuala kertas
Aluminium
• Tin aerosol
• Tin cat
• Penggantung baju
• Bahan perubatan
• Penapis minyak
Kaca
• Gelas minum
• Kaca tingkap
• Cermin Mentol
• Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta.
• Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
• Botol legap putih
• Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.
• Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah, kaca untuk ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu berwarna.
Plastik
• Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas marjarin
• Bekas makanan yang dibuat dari plastik
• Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun
Styrofoam
Lain-lain
• Bahan letupan
• Asbestos
• Lampu kalimantang
• Bateri
• Bahan perubatan
• Bahan-bahan radioaktif
Apa yang boleh dikitar semula oleh para pelajar
Terdapat pelbagai jenis sampah yang dapat dikitar semula. Sampah-sampah
ini sememangnya mudah didapati di persekitaran USM ini. Antaranya termasuklah
kertas. Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak,
majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Item-item
tersebut boleh dibuang ke dalam tong berwarna biru yang telah dikhaskan untuk
kertas sahaja.
Plastik juga merupakan item yang boleh dikitar semula. Di USM sahaja terlalu banyak jenis
plastik yang boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman,
botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak
lagi.item-item seperti ini boleh dibuang ke dalam tong yang berwarna kuning.
Sementara itu kaca juga termasuk dalam golongan sampah yang boleh
dikitar semula. Kesemua jenis barangan yang dperbuat daripada kaca boleh
dikitar semula. Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih
dipekkan dalam botol. Para pelajar boleh kitar semula botol-botol tersebut
ataupun gunakannya semula untuk menyimpan makanan lain. Botol-botol kaca
tersebut amat berbahaya jika dibuang dengan begitu sahaja. Untuk itu kaca juga
merupakan sebahagian daripada kategori sampah yang boleh dikitar semula. Tong
yang berwarna hijau telah dikhaskan untuk sampah jenis kaca sahaja.
KEBAIKAN KITAR SEMULA
1. Kitar semula untuk memelihara
ruang hidup kita
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.
2. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
4. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.
5. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?
6. Kitar semula untuk menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
7. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.
2. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
3. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
4. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.
5. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan?
6. Kitar semula untuk menjimatkan tanaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
7. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
Kaedah
untuk meningkatkan program 3R di kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu
ü Dapatkan sokongan
dari pelbagai pihak
Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan program pengumpulan
adalah dengan mendapatkan sokongan dari pihak pengurusan atasan. Seorang
koordinator yang berwibawa perlu dilantik untuk menerajui program ini. Dia
haruslah bekerjasama dengan inidividu yang bertanggungjawab mengendalikan
segala kemudahan pengurusan, pengendalian bahan-bahan, pengangkutan dan
perolehan, di samping menjalinkan kerjasama dengan pembeli, kontraktor, pekerja
dan orang awam.
ü Menubuhkan
kelab/persatuan
Kebanyakan syarikat telah mengenalpasti bahawa penubuhan sesuatu
kumpulan untuk mengendalikan program pengurangan sampah dapat membantu menentukan
kejayaan program ini. Kumpulan tersebut akan merancang, melaksanakan
perancangan dan menguruskan perjalanan program ini. Pekerja yang dikenal pasti
berpotensi untuk membantu program ini mestilah disenaraikan .Contohnya, pekerja
yang terlibat dalam membina sistem pengumpulan mestilah mempunyai latarbelakang
kerja yang berkaitan.
ü Menjalankan kempen
Pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan-
memberikan tong atau plastik kitar semula secara percuma, bagi mendidik rakyat
Malaysia.
ü Penggunaan teknologi
Begitu juga dengan penggunaan teknologi bagi bahan yang boleh
dikitar semula dan kemudahan pengumpulan bahan kitar semula (di mana bahan
kitar semula diasing dan disediakan dalam bentuk praktikal dan boleh dijual).
ü Penerapan penggunaan
tong sampah kitar semula di peringkat sekolah
Pelajar harus diajar pada peringkat awal kurikulum sekolah mereka
mengenai faedah kitar semula supaya ia menjadi amalan dalam masyarakat apabila
dewasa kelak dan seterusnya mempengaruhi masyarakat.
Bagaimana untuk melibatkan diri, melatih dan memotivasikan pelajar dalam
program kitar semula ?
Penglibatan pelajar,
bimbingan dan tunjuk ajar serta motivasi adalah ramuan yang penting dalam
menentukan kejayaan keseluruhan program mengurangkan sampah ini. Pendidikan
kepada pelajar dan promosi akan menjadi satu komponen yang penting dalam
program ini. Oleh itu, rancang dan lakukan langkah yang sepatutnya.
Pada peringkat awal,
edarkan satu memo dari pihak atasan yang mengumumkan pelancaran program kitar
semula dan minta kerjasama semua pelajar untuk menjayakan program ini. Memo ini
mungkin menggalakkan pelajar untuk menawarkan diri secara sukarela menjadi ahli
kumpulan yang menjalankan program pengurangan sampah. Penglibatan pelajar dalam
fasa perancangan dapat membuatkan pelajar merasakan mereka mempunyai
kepentingan dalam program ini dan sekaligus mendorong pelajar memberi sokongan
yang berterusan terhadap program ini.
Pelajar juga harus
digalakkan untuk melibatkan diri secara sepenuh masa. Pelajar akan lebih
bermotivasi untuk melibatkan diri jika mereka memahami kepentingan mengurangkan
sampah dan kitar semula, terutama di politeknik kota bharu dan juga kepada
persekitaran. Cara untuk menjamin minat dan penglibatan mereka dalam program
ini adalah dengan memberi maklumbalas tentang kejayaan program ataupun
mewujudkan satu program pemberian ganjaran kepada mereka yang terlibat.
KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar
di politeknik kota bharu, kami dapati kesedaran terhadap program kitar semula
masih lagi kurang memuaskan. Pelbagai faktor telah dikenal pasti yang
menyebabkan ini terjadi antaranya kekurangan kemudahan seperti tong sampah
kitar semula, jarak dari tempat tinggal ke tempat kitar semula dan sebagainya.
Yang paling utama ialah sikap pelajar itu yang tidak mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk menjaga kampus, negeri dan negara. Oleh disebabkan inilah maka
kami dapati pelajar-pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti lain
seperti bersukan, berinternet, berpersatuan dan sebagainya. Oleh sebab itu,
langkah-langkah untuk mewujudkan kesedaran tentang penggunaan tong sampah kitar
semula kepada pelajar harus dipergiatkan dengan meluas. Amalan kitar semula
perlu dipraktikkan kepada setiap pelajar. kita harus mempraktikkan amalan 3R
iaitu kurangkan penggunaan ( reduce ), guna semula ( reuse ) dan kitar semula (
recycle ). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat.
Fikir dulu sebelum buang, jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian
hidup kita agar tidak terlewat di kemudian hari.
Mahukah anda menjadi begini
???
adakah proses yang dinyatakan di atas adalah proses yang dilaksanakan di kilang-kilang pemprosesan bahan kitar semula?
ReplyDeleteye
Delete